Quotes :

Showing posts with label Cinta Dari Hati. Show all posts
Showing posts with label Cinta Dari Hati. Show all posts

Monday, December 16, 2013

cintaku . .


Andai lidah lagi indah bicaranya,
Andai telinga ikhlas mendengar luahan hatinya,
andai muka sejuk mata bila memandangnya,
dan andai hati semulia akhlak peribadinya,
mana bisa aku dapat melepaskan dia..
Jejak kaki ini sudah hampir menemuinya,
Namun terhenti sedetik tiba,
      Terfikir seketika. .
Apakah aku layak memilikinya?
Siapa aku dihatinya?

Tersentak aku dek bicara manusia,
Mengalir air mata hiba. .
      gembira pun ada. .
Cintaku kepada dia. . bukanlah cinta semata. .
      Cintaku kepada dia adalah kerana
Cintanya terhadap pencipta-Nya. .
      dan aku kagum dengan peribadinya . .



Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Monday, October 28, 2013

. . segan ana dengan enta . .



Ya akhi, tunduknya pandanganku ini bukan sebab ana sombong untuk menegurmu / memandangmu, tapi ana takut pandangku ini akan membuatkan ana terjatuh cinta dengan enta kerana rupa parasmu, dan bukan kerana agama yang ada padamu.. Ana sebenarnya segan dengan enta.. ana tak tahu kenapa.. minta maaf ya akhi.  (n_n’) 


Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Tuesday, October 15, 2013

.. Cinta Manusia ..


.. dan sedang asyik leka dengan permainan dunia,
        pernah tak kita sedar yang akhirat pun penting sama?
Kita selalu sibuk mencari cinta manusia,
        tapi pernah tak kita ada usaha nak mengejar cinta Allah?
Bagaimana kalau Allah tak redha dengan pencarianmu selama ini?
.. dan saat itu pasti baru kamu rasa
        bahawa pencarian kamu selama ini ternyata sia-sia..
dan tanpa memperoleh cinta dari-Nya,
        kamu akan tahu bahawa,
perkara inilah yang paling kamu takuti sebenarnya..
kerana sekali  Dia berpaling muka darimu,
        kamu mungkin tidak akan selamat,
                baik  didunia mahupun di akhirat… 

Na'uzubillah . . 





Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Friday, September 6, 2013

Dia . .


Dia . .
bukanlah dari kalangan para ‘alim ulama’, tapi dia tahu mana yang benar, mana yang salah di sisi Islam..

 Dia juga . .
 bukanlah seorang yang gagah perkasa hingga orang menjadi takut untuk dekat dengannya, tapi dia  mampu membuat orang lagi suka bila berada bersama dengannya. .

Dia. .
walaupun tak  terkenal dengan paras rupanya, tapi dia mampu membuat orang rasa ingin tahu tentang dirinya kerana dia lebih terkenal dengan sifat peribadinya . .

Dia . .
walaupun aku tahu yang aku takkan pernah milikinya, tapi andai takdir Allah memang menyatukan aku dengan dia, Akulah milik dia, dan dialah milik aku . . 
bi iznillah J

Dia itu adalah dia . .
Dan itulah dirinya . .

just click the  "Older Posts" at the bottom of this page to see many interesting stories . .  maybe =)

Saturday, August 17, 2013

. . Lelaki Dambaanku . .



Bismillahirrahmanirrahim. .
Salam 10 Syawal 1434H. .

Jika kesempurnaan yang kau cari dalam diri seseorang insan bernama wanita, memang tak akan pernah kau jumpa, terutamanya dalam diri aku. Bukankah manusia x ada yang sempurna melainkan Rasulullah saw ? Bukankah dengan rasa kekurangan itu, kita boleh saling melengkapkan? Mungkin apa yang kau cari tak ada pada dia tapi ada pada kau, dan boleh jadi  juga kau tak ada apa yang dia ada.. Maaf, mungkin bukan aku yang kau cari selama ini. Aku cuma manusia biasa . .  

                “ Aku sebenarnya . . bukanlah orang yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. . Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku cuma sebutir pasir yang wujud dimana-mana. . Tapi aku juga punya impian dan keinginan yang sama seperti wanita solehah  yang lain.  Dilamar dengan lelaki yang tahu jaga imannya, baik akhlak budinya, hargai orang disekelilingnya, berani menegakkan haq dalam agama yang dibawanya, lelaki yang sentiasa tenang dan bersabar dalam apa jua situasi yang dihadapinya, memimpinku kearah tujuan yang satu dalam nak mencapai redhaMu dengan mencintaiMu Allah, tidak  pentingkan dirinya sendiri , marahnya ada batasan, sanggup membimbing aku walaupun terasa payah dan setiap kali lihat air mukanya, terserlah nur iman & ikhlasnya. .  rasa tenang je jiwa ni..  Lelaki itulah  yang aku cari. . Just simple  and I bet  it’s too basic, right?”





        Truthfully, I’m not like that perfect as you see me around, not beautiful-and-cute-girl like others, and so I’m not a perfectionist-girl too. Saya bukanlah pelajar dari sekolah pondok, sekolah menengah agama, mahupun hafizah di tahfiz mana2 . . Saya cuma mendapat pendidikan dari sekolah biasa2 je, sekolah campur pulak tu. Pengetahuan agama & rumahtangga pun belum cukup mana lagi, dan masih terlalu banyak kekurangan untuk diperbaiki lagi. Tapi tak salahkan kalau budak sekolah biasa ni nak belajar & mendalami ilmu Islam dengan lebih dekat lagi? Belajar di UiTM Perlis ni memang banyak bagi aku pengalaman & kesedaran hidup terutamanya bila masuk persatuan Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM). Itu je yang mampu aku cakap. Maaf, kasarku bukanlah sengaja, dan lembutku bukanlah pura2 semata. . kerana aku adalah aku..  
Assalamu’alaikum . .






~harap sangat dia salah seorang yang tersenarai dalam shortlist yang Allah dah rancangkan untuk diriku. 



Monday, May 13, 2013

Hati ini . .


Wahai hati,

Sampai bila harus begini ?
Pendam perasaan dalam diam,
Semua tu bukan senang . .
Melihatmu dari jauh,
perhatikan gerak-gerimu,
tanpa kau sedari,
aku selalu curi-curi senyum ..
Tapi itulah . .
Selebar manapun senyuman yang terukir diwajah ini
masih tetap tak mampu mentafsirkan
segala yang tersirat di isi hati ..

Masa yang sedang berlalu
telah membuka ruang mindaku. .
dan baru aku tahu,
diri ni tak kuat sebenarnya
nak simpan perasaan ini sorang-sorang . .
Mulut cakap lain, hati kata lain ..

Walau mulut sering membuat andaian ,
Hati tak pernah membenarkan . .
Kerana hati ini bagai ada petunjuk
Mungkin satu hari nanti,
Kau benar-benar muncul di depan mata
Dan tanpa aku pula yang sedari,
yang selama ini kau juga sering memerhati
Dan menjaga diri ini
Walaupun cuma dalam diam . .