Quotes :

Sunday, August 11, 2013

Salam Syawal 1434H

 Bismillah . . 
Salam Syawal 1434H. . 
                
                  Mohon keampunan dan sejuta kemaafan andai ada hati yang pernah terguris dek kerana terbisa mulutnya, tersalah pendengarannya, tersilap mata melihatnya dan tersalah sangka dimana-mana. Diri ini sememangnya masih lagi mencari redha dan barakah-Nya, tegur andai ada yang tak kena, bagitahu andai ada tersilap dimana-mana dan tersalah kata-kata. .



                Bila roh dan jasad berada di kampung halaman, terasa kemeriahan Eidulfitrinya, dan bila bermulanya semula kehidupan sebagai seorang pelajar dan perantau, teringat kembali kemeriahan dalam nak menyambut bulan Ramadhan.  indahnya kenangan tu, tapi sayang, sem ni semester yang terakhir. . Tak dapat lagilah nak merasa semua ni . . Tak pe lah, apa2 pun, sejuta terima kasih ke atas insan bernama teman kerana dah banyak cipta pengalaman dan bagi pengajaran yang cukup bermakna . Hati ni sebenarnya tak tahu nak rasa macam mana. . Bila dah mula ikut hala tuju masing2, ingat selalu daku dalam doamu ya. InsyaAllah, kalu umur panjang, masih sihat tubuh badan dan masih waras akal fikiran, takda aral kita jumpa lagi ya. Bi iznillah =)

Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan Ke-14


Salam Ramadhan yang ke-14 semua . .

            Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah pun selamat masuk Ramadhan yang ke-14 . . niat dihati nak buat amal dibulan Ramadhan Kareem ni tercapai juga akhirnya.. Walaupun seriously, xterasa sangat kemeriahannya disini tapi bila selalu beriftar di masjid beramai-ramai, solat tarawikh berjemaah dan join tadarus selepas solat tarawikh, itulah saat dan kenangan paling indah dan bermakna sebenarnya dalam sem ni .. Aku jumpa kemeriahan nak menyambut Ramadhan tu kat sana. . Mungkin sebab perasaan rindu nak berjumpa dan beriftar bersama keluarga tu semakin menebal . . dan boleh jadi juga mungkin ini puasa yang terakhir aku sempat sambut disini, di UiTM Arau Perlis ni dengan kawan2 yang dah hampir 5 sem kita kenal, bersama dengan kawan2 yang tak pernah sedikit pun ada niat tak baik dekat aku, insyaAllah, &  teman yang sanggup terima segala kekurangan aku sepanjang 5 semester nih. . Agak2 bila lagi ya kita dapat berjumpa lagi . . Kawan, atau kamu yang sedang membaca blog saya ini, saya nak minta maaf ya andai banyak menyusahkan dan merosakkan kehidupan kamu semua . . Tegur aku ya jika tersalah jejak langkahku, mungkin aku tak sedar waktu itu. . Terima kasih untuk segalanya . .

      Sayang kamu semua lillahi Ta’ala . . 


Saturday, July 13, 2013

. . Tetamu Yang Dirindui . .


Duhai Ramadhan, tetamu yang dirindui,
masih sempatkah aku nak bertemu dengan Lailatul Qadar ?
Teringin sekali nak berjumpa denganmu,
merasai sendiri betapa indahnya dan nikmatnya melalui malam itu . .
Rasa terharu bila dengar mereka yang berkesempatan
 melalui malam tu berbicara mengenainya . .
 cemburu pun ada . .
 tapi apakan daya,
mungkin sebab dosa-dosaku yang telah menutupi ruang perjalanan
dan menjauhkan aku
untuk bertemu denganmu . .
Allah, andai saja aku sempat bertemu Lailatul Qadar-Mu,
khabarkan kepada aku berita gembira itu ya . .
aku tak nak sia-siakan detik itu,
Ya Allah . .
Allahumma Aamiin =|

Kicauan di waktu Fajar. .



Alhamdulillah,
Dengar burung2 berzikir(berkicauan) diwaktu fajar ni rasa tenang sangat. . Merdu je bunyinya :’)
Salam Ramadhan yang ke-4 semua . .
Jadikan Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas, 
dan berusaha bersungguh-sungguh ya untuk cari peluang bertemu dengan malam Lailatul Qadar . .
(teringin sangat nak jumpa) . .
Semoga sentiasa berada di bawah perlindungan dan peliharaan-Nya . .
Aamiin, insyaAllah . .

Wednesday, June 12, 2013

Jangan Mengeluh. .

Nota hari ini :

Sedar tak kita? Bila dugaan datang dalam hidup kita, kita selalu mengeluh . .Ada ja yang tak kena. .
 'kenapalah aku degil sangat tak dengar cakap dia tadi. .' , 'kalaulah. . ' , 'kenapalah berat sangat masalah yang aku sedang hadapi sekarang nih. . ' dll . . .

              Bukankah kita masih boleh fikir banyak lagi benda2 yang positif bila sesuatu terjadi dekat diri kita, tapi kenapa masih ada lagi yang berburuk sangka ya?
 
Tak bersyukurkah kamu atas apa yang Allah dah kurniakan di atas muka bumi ini?Fikirlah, Allah itu Maha Mengetahui..
Ada hikmahnya Allah nak buat macam tu, nak buat macam ni. . 
Jadi, bersangka baiklah dengan Allah selalu ya. . jangan mengeluh. . tak rugi pun. .


Salam Sya'ban semua 


p.s : terima kasih MM :)



Teringat status senior yang saya kagumi (n_n)v




Thursday, June 6, 2013

Al-fatihah Buatmu Yang Mula Aku Rindui. .

Assalamu'alaikum . .
            Dah lama rasanya tak update entry kat blog nih. . dan kali ini tak ada banyak benda pun nak dikongsi . .
Cuma tiba-tiba je rasa rindu sangat dekat arwah mak tok (nenek) . . Tiga hari lepas rasa sekejap sangat masa berlalu. . Pagi tu saya dan adik2 rancang nak cat dinding luar rumah, dan memang jadi plan tu. Dah lama rasanya tak buat sesuatu bersama-sama, perasaan jadi gembira la masa tu. . Tepat2 je ktorang habis mengecat rumah, dalam pukul 11.30 am, maksu call. . Then adik datang bagitahu kata 'Mak tok dah tak ada. ' Tak sangka pun dia dah nak pergi dah waktu tu. Rupanya dalam keadaan yang gembira tadi ada juga perasaan sedih. Terus ktorang gerak ke Melaka. Menangis jangan cakap la. Rasa macam tak sanggup je nak tengok buat kali terakhir. Alhamdulillah, waktu yang dilalui hari tu semuanya berjalan dengan lancar . 

                "Ya Allah, semoga Engkau permudahkan perjalanan arwah mak tok dan kami semua nak ke alam Barzakh dan alam Akhirat nanti ya Allah.. Ampunkan dosanya yang lalu. Peringankanlah seksaan azab kubur yang arwah hadapi, dan yang bakal kami hadapi nanti ya Allah. Kepada Engkau sajalah hambamu ini memohon pertolongan. . Allahumma aamiin. .  "

              ' Mak tok, kehadiran mak tok masih lagi terasa di dalam rumah ini. . InsyaAllah, tak ada aral cuti nanti, saya datang ziarah mak tok kat sana ya. . Dah tak dapat jumpa mak tok lagi kan.... rasa rindu pulak . . Minta maaf ya atas segala-galanya . . Al-fatihah je sempat dan insyaAllah akan selalu saya kirimkan buatmu yang mula aku rindui . . Terima kasih mak tok :)

Monday, May 13, 2013

Hati ini . .


Wahai hati,

Sampai bila harus begini ?
Pendam perasaan dalam diam,
Semua tu bukan senang . .
Melihatmu dari jauh,
perhatikan gerak-gerimu,
tanpa kau sedari,
aku selalu curi-curi senyum ..
Tapi itulah . .
Selebar manapun senyuman yang terukir diwajah ini
masih tetap tak mampu mentafsirkan
segala yang tersirat di isi hati ..

Masa yang sedang berlalu
telah membuka ruang mindaku. .
dan baru aku tahu,
diri ni tak kuat sebenarnya
nak simpan perasaan ini sorang-sorang . .
Mulut cakap lain, hati kata lain ..

Walau mulut sering membuat andaian ,
Hati tak pernah membenarkan . .
Kerana hati ini bagai ada petunjuk
Mungkin satu hari nanti,
Kau benar-benar muncul di depan mata
Dan tanpa aku pula yang sedari,
yang selama ini kau juga sering memerhati
Dan menjaga diri ini
Walaupun cuma dalam diam . .

Friday, May 10, 2013

Masa . .

Masa yang singkat untuk perjalanan hidup yang panjang . .
Pejam celik, pejam celik, sesaat yang berlalu tu pun dah kira terlalu jauh untuk kita kejar  dan perbetulkan balik apa yang silap . .
Nak tak nak, masa depanlah yang kita kena pandang mulai detik ini . .
Contoh, bila kita nak design sesuatu, kita kenalah fikir motif apa yang kita nak reka, 
untuk kegunaan siapa,
 dan bila kita berusaha, akhirnya berjaya reka corak seperti apa yang kita impikan, 
kita akan dapat lihat corak yang kita reka tu menyerlah dari segi penggabungan warnanya, aspeknya dan seolah - olah corak tu menghidupkan suasana disekelilingnya . .
best kan??
 0_0

Thursday, May 9, 2013

Result

Note for today : 

You have done your best . . Whatever it is, whatever you get, Allah knows you well . .
He knows that you do fight for this . . 
Don't feel regret of what you've got . . 
You don't know whatever your future will be, isn't it?
So, take this opportunity as your spirit to overcome the next challenges . .
Okay ?
Nice . .

Fighting !!
n_n

Friday, May 3, 2013

Teman Terima Kasih


Assalamu'alaikum . . Salam pembuka bicara . .
Tak tahu nak tulis apa, cuma nak share video ni ja . .
Ni lagu nyanyian Zawawi, tajuknya Teman Terima Kasih . . 
Cuba hayati betul2 liriknya & muziknya,
insyaAllah, korang akan tahu apa yang kte cuba nak sampaikan . .
okay . .
(n_n)


Sunday, April 21, 2013

. . Letter to MM :) . .


Assalamu'alaikum . .
Just an ordinary letter for you, friends . .

Wahai sahabatku, like what I’ve said before, cukuplah cuma setakat bertegur tepi jalan ke, tanya sesuatu dekat orang yang kita tak kenal ke, itupun dah kira diorang tu semua kawan kita . . InsyaAllah, kita takkan lupa wajah orang2 yang pernah tegur kita, pernah jadi kawan kita, nak tahu sebab apa? sebab kita sebenarnya suka. . Kita belajar pun dari orang sekeliling kita . . Kita tak pernah pun rasa buat baik ni selalu menyusahkan hidup kita ..

            Mungkin sebab hati rasa tenang sangat setiap kali nak buat sesuatu benda tu kita buat dengan ikhlas. . ‘ikhlas’ dengan ‘terpaksa’ nak buat sesuatu tu jauh bezanya. . walaupun terkadang ‘terpaksa’ itulah yang membuat hati kita belajar menjadi orang yang ikhlas nak buat sesuatu dan mula terima dengan apa saja yang dilalui. .



            MM, kita sebenarnya rasa mcm kita t’lalu b’gantung dekat muni . .Kalau kita xkenal muni, xtau la macam mana kita nak hidup dekat U nih, seriously. Muni dah bnyak tolong kita dlm pelajaran, walaupun kita xbnyak involve, kita tau korang mesti pernah kecik hati dengan kita kan. . minta maaf ya . . Kita memang macam ni . . Mungkin sbb kita x dibesarkan dlm keadaan yang ‘ekstrem’ dan tak belajar nak face situasi2 yg mncabar macam korang lalui, jadi kita agak kontra sikit di situ. . Tapi kita tak pernah berhenti mencuba . . n you are the one actually who have brought me into some new life, creating experienced till I never felt happy like this before.Kita cuba untuk xnak hilang kawan yang baik macam korang semua, kita cuba jaga p’sahabatan yg dah terbina ni walaupun dalam jangka masa yang agak sekejap. . Kita cuba jaga hati semua orang, kita cuba xnak bagi smpai ada salah faham or something like that. . Sebab apa? Sebab dekat dunia ni je la kita dapat rasa kehidupan bersama-sama keluarga & kawan-kawan  walaupun sementara. . Dua situasi yang bnyak p’bezaannya . . dan sebab kita semua pun tau kan, dekat akhirat nanti kita takkan kenal dah orang2 yang kita pernah sayang dkt dunia dulu, walaupun dia berdiri elok je dekat sebelah kita .. Even mak ayah kita sendiri pun kita tak kenal dah . . apatah lagi nak bertegur . . Itu je yang kita xdapat nak bayangkan sebenarnya . . I bet you know what I feel. . Kawan sebaik kamu susah nak cari dah sekarang ni. . Thank you MM for every single things.. May Allah always protect you, guide you and bless you wherever you are & whatever you do . . Okay!
                                                    


*haha, aamiin . . Doakan ya . . heee . . Nanti dekat sana, rajin2 lah panjatkan doa ya, siapa tahu ‘dia’ tu jodohmu . . xda yg mustahil dekat dunia ni melainkan dengan izin-Nya, betul tak? hehe ..

Assalamu’alaikum . .                    

Wednesday, April 10, 2013

Perjalanan . .

Assalamu'alaikum . .
Note for today : 
Ingatlah, kita hidup dimuka bumi ni tak lama,
dan kita sendiri pun tak dapat nak menjangkau 
kehidupan kita diakhirat nanti macam mana . .
Jadi, mulai saat ini,
  andaikan saja bahawa jika esok kita ditakdirkan untuk pergi selama-lamanya,
apa ja yang dah kita sumbangkan dekat dunia ini?
sesungguhnya perjalanan hidup kita ni masih panjang . .
Selagi mana kita mampu untuk bertahan,
selagi itulah kita kena kita kuatkan usaha kita . .
Jangan putus asa . .
Okeyh !
n_n



Saturday, March 23, 2013

Terimalah Doaku Ini, Ya Allah..

  


       Ya Allah, segala apa yang hamba lakukan di atas muka bumi ini, hamba lakukan cuma kerana-Mu ya Allah . . Terimalah segala ibadah - ibadah ku dan amalan-amalanku, walau sekecil zarah sekalipun ya Rabbi .. Moga itu yang akan menjadi pemberat bagi timbangan amalan pahala hamba-Mu ini di akhirat nanti ya Allah . . Biarlah tangan kananku ini nanti yang akan mengambil kitab2 amalanku dan jangan pula Engkau biarkan tangan kiriku ini yang akan mengambil kitab-kitab amalanku di padang Mahsyar nanti ya Allah . . hamba mohon padaMu ya Allah . . aamiin ya rabbal 'aalamiin . .  :'|