Quotes :

Thursday, January 31, 2013

Andai Ajal Datang Menemuiku . .

Ya Allah,
      Andai ditakdirkan mereka pergi dulu sebelumku,
      bersihkanlah diri mereka dari dosa yang ditanggung . .
      biarlah cukup amalan mereka untuk dipersembahkan kepada-Mu,
dan biarlah mereka pergi
      dengan hati yang masih teguh dengan Islam,
            dan dengan jiwa yang masih kuat imannya . .
Moga mereka ditempatkan
      dikalangan orang-orang yang beriman,
      serta memperoleh syafaat Nabi diakhirat nanti . .

Andai kata aku yang menemui ajalku sebelum mereka,
      aku mohon ya Allah,
gantikan pemergian hamba ini
      dengan sebuah kegembiraan
            walau dari segi apa sekalipun . .
kau hapuskanlah segala kesedihan mereka
      sebab hamba dah tak boleh nak kesat air mata mereka lagi . .
      inikan pula nak berada bersama mereka . . lagi . .

Ya Allah,
      tolong jagakan mereka ya sepanjang pemergianku ini . .
      Sesungguhnya Engkau sahaja Tuhan Yang Maha Melihat ,
            Dan Maha Segala-galanya . .
Maafkan hamba atas segala kesalahan dan dosa
      yang dah hamba lakukan ,
            sepanjang meniti kehidupan didunia yang sementara ini  . .
Engkaulah segala-galanya bagi hambaMu ini ya Allah . .
      Moga dikabulkan segala doa-doaku,
            dan dipermudahkan segala urusan kami sentiasa . .

Aamiin ya Rabbal ‘alamiin . .

      

Tuesday, January 29, 2013

Perjuangan . .


Duhai Rasulullah, baru sekarang aku dapat rasa betapa besarnya perjuanganmu , pengorbananmu dalam nak menegakkan Islam, nak membentuk akhlak mulia dalam kalangan umatmu . . Sungguh, sebak rasa bila terkenangkan kembali semua tu . . Ana minta maaf . Ana akui, ana pernah mengeluh bila diberi dugaan dan ujian dalam kehidupan. . Terdetik dihati ana,

      ‘Allah baru turunkan ujian yang sedikit ni pun kau nak mengeluh, apatah lagi nak hadapi dugaan yang lagi besar daripada ini. . Kekasih Allah sendiri pun pernah lalui lagi banyak dugaan daripada kita, dan baginda tak pernah pun mengeluh. Inikan kau yang cuma sebagai umatnya tak pernah nak berhenti mengeluh . . ’

      Astaghfirullahal’azim . . sepatutnya kita kena bersyukur ke hadrat Ilahi . Allah uji kita, nak duga kita sebab Dia sayangkan kita sebagai hamba-Nya . . Dia cuma nak uji cara kita nak hadapinya, Dia cuma nak tahu sejauh mana nilai keimanan kita terhadap diri-Nya dan Dia cuma nak dengar suara hamba-Nya meminta cuma kepada-Nya dan bukan Tuhan selain daripada-Nya . . Bukankah Allah itu Maha Segala-galanya ? Dia Maha Mendengar, sebab Dia sentiasa mendengar segala rintihan, perasaan dan luahan hamba-Nya . . Allah Maha Pemurah . Sebab Dia kita diberi peluang untuk menghirup udara yang segar . . kita nak berzikir pun tak payah kena bayar . . Mostly all good deeds are free of charges, isn’t it?  Allah sebenarnya dah tunjuk jalan untuk ke syurga tu dekat kita, tapi kita ja yang selalu cari jalan jauh. Kita sendiri pun tahu, Allah takkan membebani hamba-Nya melebihi kemampuan hamba itu sendiri . . Kita tak nampak jalan tu mungkin sebab apa yang kita buat selama nih, apa yang kita usahakan selama kita hidup nih belum cukup ikhlas . .  Terkadang nawaitu kita pun boleh jadi penyebab jugak . Bila kita berniat baik, dan sentiasa berhusnudzon(bersangka baik) , insyaAllah semuanya akan mengikut rentak hidup yang dah ditulis di atas sana. . dan pernah perasan tak, bila kita nak berbuat jahat dekat seseorang tu, kita sendiri yang akan terkena . . So, start from now on, bila nak buat sesuatu tu, cuba perbetulkan niat kita dulu . . Haa, baru Allah redha . . betul tak ? Aamiin, insyaAllah . .   


Friday, January 4, 2013

Seeking for The Truth


long I travelled
      not to enjoy,
      neither to find mate.
just seeking for the truth,
      searching for calmness
            and see the God' creatures,
the beauty of nature created by God..

You can't have it,
   but you can feel it.
and when you feel it,
      the calmness,
            the awareness,
will come by itself.

in sha Allah,
He will show you His path
      not too late and not too fast,
            just at the accurate time ..