Salam Ramadhan yang
ke-14 semua . .
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah pun selamat
masuk Ramadhan yang ke-14 . . niat dihati nak buat amal dibulan Ramadhan Kareem
ni tercapai juga akhirnya.. Walaupun seriously, xterasa sangat kemeriahannya
disini tapi bila selalu beriftar di masjid beramai-ramai, solat tarawikh berjemaah
dan join tadarus selepas solat tarawikh, itulah saat dan kenangan paling indah
dan bermakna sebenarnya dalam sem ni .. Aku jumpa kemeriahan nak menyambut
Ramadhan tu kat sana. . Mungkin sebab perasaan rindu nak berjumpa dan beriftar
bersama keluarga tu semakin menebal . . dan boleh jadi juga mungkin ini puasa
yang terakhir aku sempat sambut disini, di UiTM Arau Perlis ni dengan kawan2
yang dah hampir 5 sem kita kenal, bersama dengan kawan2 yang tak pernah sedikit
pun ada niat tak baik dekat aku, insyaAllah, & teman yang sanggup terima segala kekurangan
aku sepanjang 5 semester nih. . Agak2 bila lagi ya kita dapat berjumpa lagi . .
Kawan, atau kamu yang sedang membaca blog saya ini, saya nak minta maaf ya andai
banyak menyusahkan dan merosakkan kehidupan kamu semua . . Tegur aku ya jika tersalah
jejak langkahku, mungkin aku tak sedar waktu itu. . Terima kasih untuk
segalanya . .
Sayang kamu semua lillahi Ta’ala . .