Quotes :

Friday, February 21, 2014

Bersangka Baiklah kepada Allah..


Assalamu’alaikum.. Alhamdulillah, Allah masih lagi sudi memberi peluang untuk menghirup udara segar di muka bumi ini.. Entri kali ni mungkin agak berbeza sikit daripada yang sebelum2 ni. Bilamana diri sedang berada dalam lamunan, tiba-tiba terdetik di ingatan akan satu perkataan.. Tertarik jugak dengan satu perkataan yang mana terkandungnya seribu makna, malah sejuta.. Iaitulah Husnudzhon atau bahasa melayunya  ialah “berbaik sangka” . 

Bila kata berbaik sangka ni, pasti akan timbul persoalan.
      ‘Kita nak kena berbaik sangka ni dengan siapa ?’
      ‘Apa yang kita akan dapat kalau kita berbaik sangka ?’
     
      Teringat ana dengan satu peristiwa yang pernah berlaku dekat ana. Bila mana kita selalu hilangkan prasangka buruk dalam diri, bila kita selalu bersangka baik dengan setiap yang terjadi dan setiap yang dah tertulis, masyaAllah, Allah permudahkan segala urusan pada waktu tu.. Ingat lagi masa kad ATM tak boleh baca, katanya ada ‘scratch’.. Nak dijadikan cerita, memang kena buat baru. Masa nak buat kad ATM tu, katanya, “ IC pun tak boleh baca macamana nak buat baru ni dik..” Dah ada dua masalah. Jadi nak tak nak, kenalah buat IC  baru dulu.. Malam tu, asyik fikir je,

       ‘aku nak pergi dengan siapa ya? Aku nak ajak kawan kelas, tapi serius takut ganggu aktiviti diorang pulak masa tu. Kalu aku pergi sorang2, takpa ke?’
Lalu hati pujuk, ‘Takpa, Allah kan ada. Berbaik sangka lah dengan Dia. InsyaAllah, takkan ada apa2..’

      Dan pagi esoknya lepas je habis kuliah, ana terus berlari anak ke pintu gate B tempat ana belajar.. Ada sahabat tegur dan mempelawa ana nak pergi ke tempat yang ana nak pergi tu. Katanya bahaya kalau pergi sorang2.. Ana jawab, “Takpelah, teksi ada kat luar sana. Naik teksi je kot. Terima kasih ajak.”
      Dalam hati ana, ‘Alhamdulillah, ada juga yang sudi nak tolong tapi lebih baik tolak daripada naik dengan sahabat lelaki tadi.’

      Dan naiklah teksi pakcik ni. (tak ingat pulak namanya.) Pak cik tu kata, “ nanti lepas dah buat IC tu, call pakcik. Kalu takda apa nanti pak cik amek. Kalu naik banyak kali dengan pakcik, boleh la nak bagi kurang sikit.”
     
            Alhamdulillah, lega pulak dengar. Mana taknya, duit pergi balik naik teksi hampir RM40.. Ni dah dapat kurang sikit pun jadilah. Dah selesai buat IC tu, esok dah boleh amek. Senang cerita, ana pun ‘book’ pak cik teksi tadi untuk esok. Esoknya pulak lepas amek IC tu mintak tolong pakcik hantar ke Bank Islam Kangar untuk perbaharukan kad ATM. Dah sampai dekat bank, pak cik kata ada hal, jadi kena cari teksi lain la masa nak balik nanti.
            ‘Takpa, ada banyak teksi kan dekat stesen bas tu. ’

            Masa nak buat kad ATM pulak, ramai pulak manusia.. Fikir jugak kelas ENT300 petang nanti, sempat ke tak balik ni ya.. Masa tengah tunggu giliran, senyum dekat sorang akak ni. Mukanya sebiji macam Ida Kelantan. Akak tu rupanya belajar dekat Politeknik Syed Sirajuddin sana tu, last sem jugak. Kak Shafiqah namanya. Borak punya borak, pak cik yang kerja dekat situ tanya no.giliran berapa.. Mungkin pak cik tengok ramai lagi yang tengah beratur, pak cik tu panggil kami pergi dekat kaunter hujung sekali. Akak tu pun ikut, siap pegang tangan lagi. Haha. Akak tu pun sampai cakap, “Kita ni macam dah lama kenal pulak kan..”
Ana tersenyum je. Alhamdulillah, Allah permudahkan lagi urusan ana. Akak tu buat kad baru dulu, then balik.. Next, giliran ana. Lepas tu selesai.
Dah habis semua tu, fikir pulak,
      ‘dah banyak pulak ya duit habis kat teksi.. Takpelah, bukan kau pergi tempat yang tak ada faedah kan..”
Keluar je dari bank nak pergi ke stesen bas untuk cari teksi, masa nak melintas tu, tiba2 ada satu kereta berhenti kat depan ana. Ana tengok la siapa. ‘Laa, kak Fiqah rupanya. ’
      Akak tu pelawa naik kereta dia sebab satu jalan katanya. Ana pun naiklah.
‘Alhamdulillah, jimat RM18.’
Akak tu siap hantar sampai depan kolej lagi. Dan berakhirnya kisah dan pertemuan kami pada hari itu.

      Peristiwa kat atas ni lah kesan yang ana dapat bila kita selalu bersangka baik dengan Allah. Apakata, insan yang baca entri ni cuba letakkan husnudzhon dalam hati. InsyaAllah, Allah takkan sia-siakan hamba-Nya yang ingat dan sentiasa bersangka baik dengan-Nya.. 






Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Thursday, February 20, 2014

Moga Allah Redha..

Permainan dunia,
seringkali membuat ana jadi leka..
Terkadang lalai dalam memikul amanah sebagai seorang khalifah ,
      tapi ana sangat mencintai alam sekitar dan alam semesta..
      Ciptaan Allah semuanya indah belaka.. SubhanAllah..
Ana gagal menjadi seorang da’ie yang tugasnya menyambung dakwah Rasulullah,
      tapi tak bererti ana dah menghentikan langkah ana di sini..
      Bagi ana, ini baru permulaan..
Tak menjadi kesalahan kan andai ana pilih jalan untuk berdakwah,
      tapi lebih kepada penulisan dan hasil-hasil karya..
Ana dayus dalam menegur dan menyapa sahabat yang terkena bahang duniawi,
      bukan bermaksud ana nak membiarkan saja mereka,
      tapi sebab ilmu yang ada masih belum mencukupi untuk mentarbiyah diri mereka..
Bimbang  juga jika dihujani pelbagai persoalan tanpa dipayungi dengan jawapan..
Setakat ni, ana masih mencari dan insyaAllah akan terus mencari..
Untuk dijadikan ibrah dalam meneruskan kehidupan,
tsabat dalam perjuangan,
tawadhuk untuk setiap keadaan dan
istiqamah dalam mencari redha Allah..

Moga Allah dengar rintihan hati ini,
Moga Allah sudi menghulurkan pertolongan,
Dan moga Allah redha..
Allahumma aamiin..



Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .