28082014
| khamis | Tempat kejadian : Kompleks Taman Seni Islam Selangor | Petang |
Assalamu'alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakaatuh..
Alhamdulillah.. Allahu Akbar..
Syukur ke hadrat Ilahi. Harini ana belajar sesuatu
yang baru dekat tempat yang baru dan suasana yang baru. Mungkin sebagai langkah
permulaan untuk mengenal alam pekerjaan tanpa ada pengalaman. Masa kena
interview tu, siap dihidangkan dengan motivasi yang membina lagi daripada Encik
COO dekat tempat kerja tu..
“Kamu
kena bersyukur tau sebab Allah letakkan kamu dekat sini walaupun cuma dengan
buat kerja part time mcm ni. Kamu buat tu pun bila dah siap sepenuhnya rekaan tu, bila
dah siap pasang dekat masjid, dan bila orang datang dekat masjid tu, orang
tu suka lihat hasil-hasilnya dan mungkin siapa tahu lebih ramai lagi yang akan
datang ke masjid, kamu jugak yang dapat ganjaran kan. Tapi mungkin
berbeza sikitlah sebab ganjaran tu tak nampak.”
“Saya
bukan cakap dekat kamu seorang saja tau. Yang dekat makcik pakcik cleaner pun sama saya cakap. Bila pakcik
makcik tolong bersihkan tandas, cantikkan dan bersihkan taman, dan
bila ada orang datang, mungkin orang-orang tu suka untuk datang lagi,
seronok sebab tak sia-sia mereka datang melawat tempat nih.”
“Kamu
tahu kan main objektif tempat ni apa? Tempat buat al-quran, menulis al-quran, buat untuk
bahagian masjid, tempat untuk orang wakaf Quran, banyak
lagi. Kamu mesti
tak sangka kan dapat kerja dengan orang-orang macam nih. Berdo’a
banyak-banyak, moga ada rezeki awak untuk jadi ahli keluarga kami di sini.”
Allahu robbi. Bergetar jiwa. Allahumma aamiin. Moga rezekiku
ada di sana. Korang do’akan sama ya. Biar kekal lama. Dapat tengok mereka buat
kaligrafi, design2 ni pun dah cukup membuatkan hati ini rasa seronok untuk
teruskan kerja di sini. Tenang pun tenang. Kerja part time macam sekarang ni
pun best jugak. Dapat ilmu baru. Dapat tahu sesuatu yang baru. Allah letakkan
disekeliling orang2 yang baik. Alhamdulillah.
Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .