Quotes :

Monday, May 13, 2013

Hati ini . .


Wahai hati,

Sampai bila harus begini ?
Pendam perasaan dalam diam,
Semua tu bukan senang . .
Melihatmu dari jauh,
perhatikan gerak-gerimu,
tanpa kau sedari,
aku selalu curi-curi senyum ..
Tapi itulah . .
Selebar manapun senyuman yang terukir diwajah ini
masih tetap tak mampu mentafsirkan
segala yang tersirat di isi hati ..

Masa yang sedang berlalu
telah membuka ruang mindaku. .
dan baru aku tahu,
diri ni tak kuat sebenarnya
nak simpan perasaan ini sorang-sorang . .
Mulut cakap lain, hati kata lain ..

Walau mulut sering membuat andaian ,
Hati tak pernah membenarkan . .
Kerana hati ini bagai ada petunjuk
Mungkin satu hari nanti,
Kau benar-benar muncul di depan mata
Dan tanpa aku pula yang sedari,
yang selama ini kau juga sering memerhati
Dan menjaga diri ini
Walaupun cuma dalam diam . .