Quotes :

Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan Ke-14


Salam Ramadhan yang ke-14 semua . .

            Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah pun selamat masuk Ramadhan yang ke-14 . . niat dihati nak buat amal dibulan Ramadhan Kareem ni tercapai juga akhirnya.. Walaupun seriously, xterasa sangat kemeriahannya disini tapi bila selalu beriftar di masjid beramai-ramai, solat tarawikh berjemaah dan join tadarus selepas solat tarawikh, itulah saat dan kenangan paling indah dan bermakna sebenarnya dalam sem ni .. Aku jumpa kemeriahan nak menyambut Ramadhan tu kat sana. . Mungkin sebab perasaan rindu nak berjumpa dan beriftar bersama keluarga tu semakin menebal . . dan boleh jadi juga mungkin ini puasa yang terakhir aku sempat sambut disini, di UiTM Arau Perlis ni dengan kawan2 yang dah hampir 5 sem kita kenal, bersama dengan kawan2 yang tak pernah sedikit pun ada niat tak baik dekat aku, insyaAllah, &  teman yang sanggup terima segala kekurangan aku sepanjang 5 semester nih. . Agak2 bila lagi ya kita dapat berjumpa lagi . . Kawan, atau kamu yang sedang membaca blog saya ini, saya nak minta maaf ya andai banyak menyusahkan dan merosakkan kehidupan kamu semua . . Tegur aku ya jika tersalah jejak langkahku, mungkin aku tak sedar waktu itu. . Terima kasih untuk segalanya . .

      Sayang kamu semua lillahi Ta’ala . . 


Saturday, July 13, 2013

. . Tetamu Yang Dirindui . .


Duhai Ramadhan, tetamu yang dirindui,
masih sempatkah aku nak bertemu dengan Lailatul Qadar ?
Teringin sekali nak berjumpa denganmu,
merasai sendiri betapa indahnya dan nikmatnya melalui malam itu . .
Rasa terharu bila dengar mereka yang berkesempatan
 melalui malam tu berbicara mengenainya . .
 cemburu pun ada . .
 tapi apakan daya,
mungkin sebab dosa-dosaku yang telah menutupi ruang perjalanan
dan menjauhkan aku
untuk bertemu denganmu . .
Allah, andai saja aku sempat bertemu Lailatul Qadar-Mu,
khabarkan kepada aku berita gembira itu ya . .
aku tak nak sia-siakan detik itu,
Ya Allah . .
Allahumma Aamiin =|

Kicauan di waktu Fajar. .



Alhamdulillah,
Dengar burung2 berzikir(berkicauan) diwaktu fajar ni rasa tenang sangat. . Merdu je bunyinya :’)
Salam Ramadhan yang ke-4 semua . .
Jadikan Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas, 
dan berusaha bersungguh-sungguh ya untuk cari peluang bertemu dengan malam Lailatul Qadar . .
(teringin sangat nak jumpa) . .
Semoga sentiasa berada di bawah perlindungan dan peliharaan-Nya . .
Aamiin, insyaAllah . .