seringkali membuat ana jadi leka..
Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .
Terkadang lalai dalam memikul amanah sebagai seorang khalifah ,
tapi ana sangat mencintai alam
sekitar dan alam semesta..
Ciptaan Allah semuanya indah
belaka.. SubhanAllah..
Ana gagal menjadi seorang da’ie yang tugasnya menyambung dakwah Rasulullah,
tapi tak bererti ana dah menghentikan
langkah ana di sini..
Bagi ana, ini baru permulaan..
Tak menjadi kesalahan kan andai ana pilih jalan untuk berdakwah,
tapi lebih kepada penulisan dan
hasil-hasil karya..
Ana dayus dalam menegur dan menyapa sahabat yang terkena bahang duniawi,
bukan bermaksud ana nak
membiarkan saja mereka,
tapi sebab ilmu yang ada masih
belum mencukupi untuk mentarbiyah diri mereka..
Bimbang juga jika dihujani pelbagai
persoalan tanpa dipayungi dengan jawapan..
Setakat ni, ana masih mencari dan insyaAllah akan terus mencari..
Untuk dijadikan ibrah dalam meneruskan kehidupan,
tsabat dalam perjuangan,
tawadhuk untuk setiap keadaan dan
istiqamah dalam mencari redha Allah..
Moga Allah dengar rintihan hati ini,
Moga Allah sudi menghulurkan pertolongan,
Dan moga Allah redha..
Allahumma aamiin..