Quotes :

Thursday, December 18, 2014

16122014 | Belajar sesuatu

Assalamu'alaikum..
Sehat ke semuanya ? Lama tak update blog.. Alhamdulillah Allah beri nikmat hidup harini..

Saja nak cerita. I've got new experience yesterday.. Dalam department design sekarang ni tengah ada 4 orang praktikal daripada Restu Kolej.. 2 minggu lepas dah sesi colouring kan, Nak tak nak kena la belajar daripada yang pakar.. Orang lama kat sini.. Allahu Akbar..

Bos tak datang selasa tu. Jadinya budak praktikal dari Kazakhstan ni nak belajar menjahit manik sequin tu kan.. Nak mengajar tu tak kisah.. Ilmu yang kita ada kan bukan untuk kita sorang saja tapi untuk semua. Yang menjadi masalahnya masa tu bila dia kata xtau langsung perkataan melayu.. Alhamdulillah Allah bantu sikit2 walaupun nampak macam ter angkak-angkak sikit.. Haha.

Cerita yang lain : she said to me, "Wani, your face is like my friend at Kazakhstan.. Trust me if you go to Kazakhstan, people at there would not say that you are a stranger.. Your face looks like Kazakhstan you know.."

And one more important thing is that i learnt 2 words of kazakhstan which are thank you & sama2..
Thank you : Rahmeet
You're welcome : Oqasy Rouq


Ok dah.. Habis satu cerita pendek.. Huhu..
Tarikh : 16122014 | hari : selasa | tempat : jabatan motif & desain Yayasan Restu


Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Monday, November 3, 2014

Sia-siakah Perjalanan Hidupku?


Sedar tak sedar, pelbagai ragam manusia dah Allah tunjukkan dekat depan mata. Terkadang tu tergelak sendiri. Terkadang tu sedih jugak tengok. Kesian pun ada. Saya ni pun, dah macam-macam sangat nikmat, rezeki & rahmat yang Allah limpahkan ke atas kami sekeluarga. Allah hadirkan insan yang baik2 dalam hidup ini. Cuma takut semua tu cuma istidraj. Cuma takut semua tu buat saya jadi alpa & leka dek dibayangi hal-hal duniawi. 
Satu persoalan yang bermain di fikiran selalu, "Allah, sia-siakah perjalanan hidupku ini?"
Allahu robbi.

        “Allah, jangan biarkan perjalanan hidupku ini sia-sia.. Alertkan ana, ya Allah, bilamana ana lalai dari mengingatiMu, bilamana ibadah2 & amalan2 yang lalu tak Kau terima supaya ana boleh cuba untuk ganti balik. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

*istidrajpemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.


Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Saturday, October 18, 2014

Luahan Hari Ini

18102014 | Sabtu | KTSI/YR | 1355

Assalamu'alaikum.. Sehatkah kamu wahai insan yang sudi menjengah ruangan ini? Alhamdulillah..
Lama jugak rasanya tak melawat blog sendiri.. Alhamdulillah dah mula kerja dibahagian motif & design.. Terus mendo'akan saya ya supaya dapat selalu memberi yang terbaik untuk tempat nih & supaya mereka suka dengan hasil2 kerja saya.. Jumaat (17 okt) pergi Majlis Anugerah Dekan FSKM dkt UiTM Jasin.. Alhamdulillah, dapat jugak jumpa mereka yg dirindui. K.Tikah, k.Dayah, k.Zati, k.Hana, Farisa, Muni, Teha & Hajar.. Very simple event but full of meaning.. At least dapatlah merasa majlis dkt kampus baru.. Huuu..

        Sabtu (18 okt) which is harini, duty jaga galeri dekat tempat kerja. Alhamdulillah ada pulak event : hari graduasi bdk tadika kat sini. Seronok tengok diorang buat persembahan. Yg dekat tingkat 2 ada kursus kahwin tapi sayang tak leh nak join.. Hmmm.. Xpe La.. Belum sampai masanya lagi kot.. Ntah.

        Mcm2 karenah budak2 yang datang masuk galeri 1 tadi. Ada sorang tu Takut sebab awal Nak masuk tempat tu gelap. Dia ingat ada hantu. Tapi pujuk jugak masuk sebab family dia smua dah masuk.. Bawaklah dia ikut laluan lain. Masuk jugak akhirnya.. Hahai.. Yang lagi sorang lpas keluar dari galeri tu kata, " akak, bestkan masuk dalam ni.."
Ye la, mana tak bestnya. Replika rumah Rasulullah ada dalam tu.. Replika pedang2 nabi saw & sahabat pun ada lagi.. Kalau pergi masuk sorang2 dekat rumah baginda tu, percayalah, airmata pasti mengalir.. Saya sendiri pernah rasa bila 1 st time masuk. Rasa macam rindu sangat..

Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Thursday, August 28, 2014

Pengalaman Baru


28082014 | khamis | Tempat kejadian : Kompleks Taman Seni Islam Selangor | Petang |

Assalamu'alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakaatuh.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar..

Syukur ke hadrat Ilahi. Harini ana belajar sesuatu yang baru dekat tempat yang baru dan suasana yang baru. Mungkin sebagai langkah permulaan untuk mengenal alam pekerjaan tanpa ada pengalaman. Masa kena interview tu, siap dihidangkan dengan motivasi yang membina lagi daripada Encik COO dekat tempat kerja tu..

Kamu kena bersyukur tau sebab Allah letakkan kamu dekat sini walaupun cuma dengan buat kerja part time mcm ni. Kamu buat tu pun bila dah siap sepenuhnya rekaan tu, bila dah siap pasang dekat masjid, dan bila orang datang dekat masjid tu, orang tu suka lihat hasil-hasilnya dan mungkin siapa tahu lebih ramai lagi yang akan datang ke masjid, kamu jugak yang dapat ganjaran kan. Tapi mungkin berbeza sikitlah sebab ganjaran tu tak nampak.”

Saya bukan cakap dekat kamu seorang saja tau. Yang dekat makcik pakcik cleaner pun sama saya cakap. Bila pakcik makcik tolong bersihkan tandas, cantikkan dan bersihkan taman, dan bila ada orang datang, mungkin orang-orang tu suka untuk datang lagi, seronok sebab tak sia-sia mereka datang melawat tempat nih.”

Kamu tahu kan main objektif tempat ni apa? Tempat buat al-quran, menulis al-quran, buat untuk bahagian masjid, tempat untuk orang wakaf Quran, banyak lagi. Kamu mesti tak sangka kan dapat kerja dengan orang-orang macam nih. Berdo’a banyak-banyak, moga ada rezeki awak untuk jadi ahli keluarga kami di sini.”

Allahu robbi. Bergetar jiwa. Allahumma aamiin. Moga rezekiku ada di sana. Korang do’akan sama ya. Biar kekal lama. Dapat tengok mereka buat kaligrafi, design2 ni pun dah cukup membuatkan hati ini rasa seronok untuk teruskan kerja di sini. Tenang pun tenang. Kerja part time macam sekarang ni pun best jugak. Dapat ilmu baru. Dapat tahu sesuatu yang baru. Allah letakkan disekeliling orang2 yang baik. Alhamdulillah.




Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Sunday, July 20, 2014

Lahirnya Kematangan Dalam Liku Kehidupan


Manusia mana yang tak sedih bila tiba saat dia memerlukan insan yang sudi menghulurkan tangan, tak ada siapa yang sudi sambut tangannya kembali. 

Manusia mana yang tak sebak bilamana ingin diluahkan, tidak ada siapa yang sudi mendengar luahan hatinya.

Manusia mana yang tak pernah kecil hati bila mana insan yang dikenalinya terlalu sibuk dan seronok bercerita tentang dirinya dan kehidupannya tapi bila dia ingin bercerita perihal yang sama, insan tersebut pun berlalu pergi, seperti awan berarak di tengah hari ini.  

Manusia mana yang tak terasa bila kebolehannya dipertikaikan, bakat yang ada diperkecil-kecilkan, sifat peribadinya direndah-rendahkan, terutamanya dari insan yang dia sayangi..

Melihat kondisi kehidupan seperti ini kadang tu mematangkan hati dengan sentiasa berprasangka baik dengan setiap yang menimpa diri.. Bukankah Allah uji tanda Allah sayang?
Masha Allah, Allahu Akbar..

Tanda Allah uji sebab Allah swt tahu kita mampu untuk hadapi.. Allah nak kita jangan sering melupakan-Nya saat kita susah mahupun senang.. Pernah tak rasa, hati tiba-tiba tergerak untuk berdo'a memohon kepada-Nya? Haa, sebenarnya Allah yang gerakkan hati kita, tanda Allah nak memberi (kabulkan do'a).. Takkan datang cepat & takkan sesaat pun lambat, tetapi akan datang pada saat yang tepat.. 

.. dan kehidupan ini terkadang membuatkan otak untuk berfikir dua kali...
'Apa yang aku dapat kalau aku terus menyimpan rasa dendam, dengki dengan orang, ada niat jahat dekat sahabat2 atau ahli keluarga, marah orang tak tentu pasal....'
atau 
'adakah lebih baik untuk banyakkan bersabar, tidak berdendam, tidak mengeluh, sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif terhadap sesuatu perkara, dan beranggapan bahawa mereka tidak tahu perkara yang sebenar, lalu memaafkan perbuatan mereka..'  

 dan sedar tak sedar, dari situlah terlahirnya kematangan dalam liku kehidupan.. 


p/s : Perangai yang agak kebudak-budakan itu takpa, tapi jangan sampai perangainya tak kena pada tempatnya. Nak serius sangat pun tak boleh. Orang kata, 'macam takda life'. Biar muka nampak macam budak2, asal hati dah matang dalam membezakan baik & buruk, halal & haram dan sebagainya.. okay ? 
Assalamu'alaikum.. Salam Ramadhan yang ke-22 tahun 1435H | sabtu | 20072014 |

oh ya, meet my new family members, Leo & Minnie (adik punya, so, dia yg bagi nama.. 0_o)


Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Friday, July 4, 2014

Ramadhan ke-3

Assalamu'alaikum, wahai hamba Allah semua.. 
Alhamdulillah , sempat jugak kan kita bertemu dengan Ramadhan bulan Allah yang Kareem tahun nih.. Allahu Akbar.. Walaupun suasana nak sambut Ramadhan di Kampus Jasin ni tak semeriah dan se-gah sambutan di Kampus Arau, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk hadirkan diri mengentalkan hati dan merasai hidupnya bulan yang dirindui setelah sekian lama. 

       Bohonglah kalau tidak ada insan yang inginkan hidupnya lebih baik daripada semalam. Harapan yang membina dengan semangat yang kental tak menjadikan diri ini lemah untuk hadapi, tapi kalau tak mendapat redha dari Allah dan nasrullah (pertolongan Allah), yang sekuat-kuat insan pun boleh jadi selemah-lemah insan. Terlalu banyak pengharapan dan permintaan kepada Allah, kadang tu malu jugak. Tapi kalau tidak kepada Dia, siapa lagi ??? 

       Bukankah yang tahu semua pasal kita itu Allah? Bukankah yang paling memahami diri dan hati kita ini adalah Allah swt? Bukankah Dia Maha Mengetahui segala yang nyata mahupun yang tersembunyi?
       
       Teruskanlah memohon do'a & pertolongan kepada-Nya.. Dia takkan dan tak pernah jemu mendengar do'a dari hamba-hambaNya.. Itu semua orang tahu kan? Allahu. Rahsia kehidupan. Takda siapa pun yang tahu kecuali Dia. 

*salahKeKalauBerharapDenganSesuatuYgTakPasti? 

Astaghfirullah.. Allahu A'lam..

Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Monday, June 16, 2014

Manisnya dalam Penulisan


Nak kenal seseorang mestilah kena kenal hatinya dulu, baru kita akan rasa kemanisan ukhuwah yang terbina. Begitu juga dengan penulisan. Nak menulis sesuatu tu biarlah datangnya idea dan pemikiran tu dari sudut hati. Kita menulis untuk mentarbiyah diri mereka yang membaca penulisan ini, itupun sudah dikira langkah permulaan nak sampaikan dakwah. Tapi kalau si pentarbiyahnya sendiri tak mengambil iktibar atau mengamalkan seperti yang ditulis, apa cerita? Cakap tak serupa bikin pun tak guna jugak kan. 


Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Monday, May 5, 2014

Betul atau Cuma Kebetulan?

Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar..
Maa shaa Allah..
Baru saja terdetik dihati, terus ja Kau makbulkan.. Apakah ini memang lintasan dari do'aku/niatku, atau ini cuma satu kebetulan?
Takut juga tiba2 terniat jahat/terbuat salah, lalu Kau kabulkan juga do'a itu.. Mohon hindarkanku dari perbuatan & percakapan yg sia2 & yg boleh mengundang kemurkaan-Mu ya Allah.. Semoga sentiasa berada di bawah jagaan-Mu selalu.. :')

Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Friday, February 21, 2014

Bersangka Baiklah kepada Allah..


Assalamu’alaikum.. Alhamdulillah, Allah masih lagi sudi memberi peluang untuk menghirup udara segar di muka bumi ini.. Entri kali ni mungkin agak berbeza sikit daripada yang sebelum2 ni. Bilamana diri sedang berada dalam lamunan, tiba-tiba terdetik di ingatan akan satu perkataan.. Tertarik jugak dengan satu perkataan yang mana terkandungnya seribu makna, malah sejuta.. Iaitulah Husnudzhon atau bahasa melayunya  ialah “berbaik sangka” . 

Bila kata berbaik sangka ni, pasti akan timbul persoalan.
      ‘Kita nak kena berbaik sangka ni dengan siapa ?’
      ‘Apa yang kita akan dapat kalau kita berbaik sangka ?’
     
      Teringat ana dengan satu peristiwa yang pernah berlaku dekat ana. Bila mana kita selalu hilangkan prasangka buruk dalam diri, bila kita selalu bersangka baik dengan setiap yang terjadi dan setiap yang dah tertulis, masyaAllah, Allah permudahkan segala urusan pada waktu tu.. Ingat lagi masa kad ATM tak boleh baca, katanya ada ‘scratch’.. Nak dijadikan cerita, memang kena buat baru. Masa nak buat kad ATM tu, katanya, “ IC pun tak boleh baca macamana nak buat baru ni dik..” Dah ada dua masalah. Jadi nak tak nak, kenalah buat IC  baru dulu.. Malam tu, asyik fikir je,

       ‘aku nak pergi dengan siapa ya? Aku nak ajak kawan kelas, tapi serius takut ganggu aktiviti diorang pulak masa tu. Kalu aku pergi sorang2, takpa ke?’
Lalu hati pujuk, ‘Takpa, Allah kan ada. Berbaik sangka lah dengan Dia. InsyaAllah, takkan ada apa2..’

      Dan pagi esoknya lepas je habis kuliah, ana terus berlari anak ke pintu gate B tempat ana belajar.. Ada sahabat tegur dan mempelawa ana nak pergi ke tempat yang ana nak pergi tu. Katanya bahaya kalau pergi sorang2.. Ana jawab, “Takpelah, teksi ada kat luar sana. Naik teksi je kot. Terima kasih ajak.”
      Dalam hati ana, ‘Alhamdulillah, ada juga yang sudi nak tolong tapi lebih baik tolak daripada naik dengan sahabat lelaki tadi.’

      Dan naiklah teksi pakcik ni. (tak ingat pulak namanya.) Pak cik tu kata, “ nanti lepas dah buat IC tu, call pakcik. Kalu takda apa nanti pak cik amek. Kalu naik banyak kali dengan pakcik, boleh la nak bagi kurang sikit.”
     
            Alhamdulillah, lega pulak dengar. Mana taknya, duit pergi balik naik teksi hampir RM40.. Ni dah dapat kurang sikit pun jadilah. Dah selesai buat IC tu, esok dah boleh amek. Senang cerita, ana pun ‘book’ pak cik teksi tadi untuk esok. Esoknya pulak lepas amek IC tu mintak tolong pakcik hantar ke Bank Islam Kangar untuk perbaharukan kad ATM. Dah sampai dekat bank, pak cik kata ada hal, jadi kena cari teksi lain la masa nak balik nanti.
            ‘Takpa, ada banyak teksi kan dekat stesen bas tu. ’

            Masa nak buat kad ATM pulak, ramai pulak manusia.. Fikir jugak kelas ENT300 petang nanti, sempat ke tak balik ni ya.. Masa tengah tunggu giliran, senyum dekat sorang akak ni. Mukanya sebiji macam Ida Kelantan. Akak tu rupanya belajar dekat Politeknik Syed Sirajuddin sana tu, last sem jugak. Kak Shafiqah namanya. Borak punya borak, pak cik yang kerja dekat situ tanya no.giliran berapa.. Mungkin pak cik tengok ramai lagi yang tengah beratur, pak cik tu panggil kami pergi dekat kaunter hujung sekali. Akak tu pun ikut, siap pegang tangan lagi. Haha. Akak tu pun sampai cakap, “Kita ni macam dah lama kenal pulak kan..”
Ana tersenyum je. Alhamdulillah, Allah permudahkan lagi urusan ana. Akak tu buat kad baru dulu, then balik.. Next, giliran ana. Lepas tu selesai.
Dah habis semua tu, fikir pulak,
      ‘dah banyak pulak ya duit habis kat teksi.. Takpelah, bukan kau pergi tempat yang tak ada faedah kan..”
Keluar je dari bank nak pergi ke stesen bas untuk cari teksi, masa nak melintas tu, tiba2 ada satu kereta berhenti kat depan ana. Ana tengok la siapa. ‘Laa, kak Fiqah rupanya. ’
      Akak tu pelawa naik kereta dia sebab satu jalan katanya. Ana pun naiklah.
‘Alhamdulillah, jimat RM18.’
Akak tu siap hantar sampai depan kolej lagi. Dan berakhirnya kisah dan pertemuan kami pada hari itu.

      Peristiwa kat atas ni lah kesan yang ana dapat bila kita selalu bersangka baik dengan Allah. Apakata, insan yang baca entri ni cuba letakkan husnudzhon dalam hati. InsyaAllah, Allah takkan sia-siakan hamba-Nya yang ingat dan sentiasa bersangka baik dengan-Nya.. 






Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Thursday, February 20, 2014

Moga Allah Redha..

Permainan dunia,
seringkali membuat ana jadi leka..
Terkadang lalai dalam memikul amanah sebagai seorang khalifah ,
      tapi ana sangat mencintai alam sekitar dan alam semesta..
      Ciptaan Allah semuanya indah belaka.. SubhanAllah..
Ana gagal menjadi seorang da’ie yang tugasnya menyambung dakwah Rasulullah,
      tapi tak bererti ana dah menghentikan langkah ana di sini..
      Bagi ana, ini baru permulaan..
Tak menjadi kesalahan kan andai ana pilih jalan untuk berdakwah,
      tapi lebih kepada penulisan dan hasil-hasil karya..
Ana dayus dalam menegur dan menyapa sahabat yang terkena bahang duniawi,
      bukan bermaksud ana nak membiarkan saja mereka,
      tapi sebab ilmu yang ada masih belum mencukupi untuk mentarbiyah diri mereka..
Bimbang  juga jika dihujani pelbagai persoalan tanpa dipayungi dengan jawapan..
Setakat ni, ana masih mencari dan insyaAllah akan terus mencari..
Untuk dijadikan ibrah dalam meneruskan kehidupan,
tsabat dalam perjuangan,
tawadhuk untuk setiap keadaan dan
istiqamah dalam mencari redha Allah..

Moga Allah dengar rintihan hati ini,
Moga Allah sudi menghulurkan pertolongan,
Dan moga Allah redha..
Allahumma aamiin..



Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Monday, January 20, 2014

Mengorak Langkah


Bismillah.. 
Langkah yang terhenti setelah sekian lama 
kini mula mengorak langkah baru..
Yang selalu inginkan mimpi jadi kenyataan , 
kini mula berusaha ke arah yang diimpikan..
Namun bila hadirnya cabaran dalam kehidupan,
jangan biarkan langkah terhenti disitu..
Teruskan perjuangan dalam menyahut seruan Tuhan..
Ingat , datangnya ujian bukanlah menjadi satu bebanan.
Tetapi ia satu keringanan..
Keringanan bila mana Allah mahu membantu 
        menghapuskan dosa2 hambanya melalui ujian.
Mungkin sebab Allah dah lama tak mendengar 
            rintihan suara dari hambaNya..
Allah rindu dekat kita sebenarnya..
           Tidakkah kita rindu dekat Dia?
AllahuAkbar. . 

Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .