Assalamu’alaikum.. Alhamdulillah, Allah masih lagi
sudi memberi peluang untuk menghirup udara segar di muka bumi ini.. Entri kali
ni mungkin agak berbeza sikit daripada yang sebelum2 ni. Bilamana diri sedang
berada dalam lamunan, tiba-tiba terdetik di ingatan akan satu perkataan..
Tertarik jugak dengan satu perkataan yang mana terkandungnya seribu makna,
malah sejuta.. Iaitulah Husnudzhon atau bahasa melayunya ialah “berbaik sangka” .
Bila kata berbaik sangka ni, pasti akan timbul
persoalan.
‘Kita
nak kena berbaik sangka ni dengan siapa ?’
‘Apa
yang kita akan dapat kalau kita berbaik sangka ?’
Teringat
ana dengan satu peristiwa yang pernah berlaku dekat ana. Bila mana kita selalu
hilangkan prasangka buruk dalam diri, bila kita selalu bersangka baik dengan
setiap yang terjadi dan setiap yang dah tertulis, masyaAllah, Allah permudahkan
segala urusan pada waktu tu.. Ingat lagi masa kad ATM tak boleh baca, katanya
ada ‘scratch’.. Nak dijadikan cerita, memang kena buat baru. Masa nak buat kad
ATM tu, katanya, “ IC pun tak boleh baca macamana nak buat baru ni dik..” Dah
ada dua masalah. Jadi nak tak nak, kenalah buat IC baru dulu.. Malam tu, asyik fikir je,
‘aku nak pergi dengan siapa ya? Aku nak ajak
kawan kelas, tapi serius takut ganggu aktiviti diorang pulak masa tu. Kalu aku
pergi sorang2, takpa ke?’
Lalu hati pujuk, ‘Takpa, Allah kan ada. Berbaik sangka
lah dengan Dia. InsyaAllah, takkan ada apa2..’
Dan pagi
esoknya lepas je habis kuliah, ana terus berlari anak ke pintu gate B tempat
ana belajar.. Ada sahabat tegur dan mempelawa ana nak pergi ke tempat yang ana
nak pergi tu. Katanya bahaya kalau pergi sorang2.. Ana jawab, “Takpelah, teksi
ada kat luar sana. Naik teksi je kot. Terima kasih ajak.”
Dalam
hati ana, ‘Alhamdulillah, ada juga yang sudi nak tolong tapi lebih baik tolak
daripada naik dengan sahabat lelaki tadi.’
Dan
naiklah teksi pakcik ni. (tak ingat pulak namanya.) Pak cik tu kata, “ nanti
lepas dah buat IC tu, call pakcik. Kalu takda apa nanti pak cik amek. Kalu naik
banyak kali dengan pakcik, boleh la nak bagi kurang sikit.”
Alhamdulillah,
lega pulak dengar. Mana taknya, duit pergi balik naik teksi hampir RM40.. Ni
dah dapat kurang sikit pun jadilah. Dah selesai buat IC tu, esok dah boleh
amek. Senang cerita, ana pun ‘book’ pak cik teksi tadi untuk esok. Esoknya
pulak lepas amek IC tu mintak tolong pakcik hantar ke Bank Islam Kangar untuk
perbaharukan kad ATM. Dah sampai dekat bank, pak cik kata ada hal, jadi kena
cari teksi lain la masa nak balik nanti.
‘Takpa,
ada banyak teksi kan dekat stesen bas tu. ’
Masa
nak buat kad ATM pulak, ramai pulak manusia.. Fikir jugak kelas ENT300 petang
nanti, sempat ke tak balik ni ya.. Masa tengah tunggu giliran, senyum dekat
sorang akak ni. Mukanya sebiji macam Ida Kelantan. Akak tu rupanya belajar
dekat Politeknik Syed Sirajuddin sana tu, last sem jugak. Kak Shafiqah namanya.
Borak punya borak, pak cik yang kerja dekat situ tanya no.giliran berapa..
Mungkin pak cik tengok ramai lagi yang tengah beratur, pak cik tu panggil kami
pergi dekat kaunter hujung sekali. Akak tu pun ikut, siap pegang tangan lagi. Haha.
Akak tu pun sampai cakap, “Kita ni macam dah lama kenal pulak kan..”
Ana tersenyum je. Alhamdulillah, Allah permudahkan
lagi urusan ana. Akak tu buat kad baru dulu, then balik.. Next, giliran ana. Lepas
tu selesai.
Dah habis semua tu, fikir pulak,
‘dah
banyak pulak ya duit habis kat teksi.. Takpelah, bukan kau pergi tempat yang
tak ada faedah kan..”
Keluar je dari bank nak pergi ke stesen bas untuk
cari teksi, masa nak melintas tu, tiba2 ada satu kereta berhenti kat depan ana.
Ana tengok la siapa. ‘Laa, kak Fiqah rupanya. ’
Akak tu
pelawa naik kereta dia sebab satu jalan katanya. Ana pun naiklah.
‘Alhamdulillah, jimat RM18.’
Akak tu siap hantar sampai depan kolej lagi. Dan berakhirnya
kisah dan pertemuan kami pada hari itu.
Peristiwa
kat atas ni lah kesan yang ana dapat bila kita selalu bersangka baik dengan
Allah. Apakata, insan yang baca entri ni cuba letakkan husnudzhon dalam hati.
InsyaAllah, Allah takkan sia-siakan hamba-Nya yang ingat dan sentiasa bersangka
baik dengan-Nya..
Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .
No comments:
Post a Comment