Quotes :

Friday, August 23, 2013

Pray 4 Muslims Out There . .



. . dan saat angin datang menyapa,
sejuk  dingin terasa,
bagai  dunia aman dan sejahtera . .
tapi jangan sejenak kita lupa,
Muslim diluar sana,
        masih ramai lagi yang menderita,
                terseksa dan sengsara . .
tak  tahu masa depannya seperti apa,
kerana mereka juga manusia,
        sama seperti kita,
cuma beratnya ujian Allah ke atas mereka,
        tak  sama dengan kita . .
berperang tanpa dipinta,
dibunuh tanpa sebarang dosa,
demi mempertahankan Islam agama mereka ,
        sampai berdarah negaranya . .
Namun sejauh mana kita peduli tentang mereka
        bila hati kita nafsu yang berkuasa?
        dan kita pun leka dengan permainan dunia . .
Sedarlah  wahai sahabat,
        Berdo’alah  yang terbaik untuk mereka . .
        Sesungguhnya mereka sangat memerlukan sokongan,
                dan  kekuatan dari kita semua . .
Allahu . .

#prayForAllTheMuslimsOutThere 


Saturday, August 17, 2013

. . Lelaki Dambaanku . .



Bismillahirrahmanirrahim. .
Salam 10 Syawal 1434H. .

Jika kesempurnaan yang kau cari dalam diri seseorang insan bernama wanita, memang tak akan pernah kau jumpa, terutamanya dalam diri aku. Bukankah manusia x ada yang sempurna melainkan Rasulullah saw ? Bukankah dengan rasa kekurangan itu, kita boleh saling melengkapkan? Mungkin apa yang kau cari tak ada pada dia tapi ada pada kau, dan boleh jadi  juga kau tak ada apa yang dia ada.. Maaf, mungkin bukan aku yang kau cari selama ini. Aku cuma manusia biasa . .  

                “ Aku sebenarnya . . bukanlah orang yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. . Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku cuma sebutir pasir yang wujud dimana-mana. . Tapi aku juga punya impian dan keinginan yang sama seperti wanita solehah  yang lain.  Dilamar dengan lelaki yang tahu jaga imannya, baik akhlak budinya, hargai orang disekelilingnya, berani menegakkan haq dalam agama yang dibawanya, lelaki yang sentiasa tenang dan bersabar dalam apa jua situasi yang dihadapinya, memimpinku kearah tujuan yang satu dalam nak mencapai redhaMu dengan mencintaiMu Allah, tidak  pentingkan dirinya sendiri , marahnya ada batasan, sanggup membimbing aku walaupun terasa payah dan setiap kali lihat air mukanya, terserlah nur iman & ikhlasnya. .  rasa tenang je jiwa ni..  Lelaki itulah  yang aku cari. . Just simple  and I bet  it’s too basic, right?”





        Truthfully, I’m not like that perfect as you see me around, not beautiful-and-cute-girl like others, and so I’m not a perfectionist-girl too. Saya bukanlah pelajar dari sekolah pondok, sekolah menengah agama, mahupun hafizah di tahfiz mana2 . . Saya cuma mendapat pendidikan dari sekolah biasa2 je, sekolah campur pulak tu. Pengetahuan agama & rumahtangga pun belum cukup mana lagi, dan masih terlalu banyak kekurangan untuk diperbaiki lagi. Tapi tak salahkan kalau budak sekolah biasa ni nak belajar & mendalami ilmu Islam dengan lebih dekat lagi? Belajar di UiTM Perlis ni memang banyak bagi aku pengalaman & kesedaran hidup terutamanya bila masuk persatuan Ikatan Mahasiswa Madani (IMAM). Itu je yang mampu aku cakap. Maaf, kasarku bukanlah sengaja, dan lembutku bukanlah pura2 semata. . kerana aku adalah aku..  
Assalamu’alaikum . .






~harap sangat dia salah seorang yang tersenarai dalam shortlist yang Allah dah rancangkan untuk diriku. 



Sunday, August 11, 2013

Salam Syawal 1434H

 Bismillah . . 
Salam Syawal 1434H. . 
                
                  Mohon keampunan dan sejuta kemaafan andai ada hati yang pernah terguris dek kerana terbisa mulutnya, tersalah pendengarannya, tersilap mata melihatnya dan tersalah sangka dimana-mana. Diri ini sememangnya masih lagi mencari redha dan barakah-Nya, tegur andai ada yang tak kena, bagitahu andai ada tersilap dimana-mana dan tersalah kata-kata. .



                Bila roh dan jasad berada di kampung halaman, terasa kemeriahan Eidulfitrinya, dan bila bermulanya semula kehidupan sebagai seorang pelajar dan perantau, teringat kembali kemeriahan dalam nak menyambut bulan Ramadhan.  indahnya kenangan tu, tapi sayang, sem ni semester yang terakhir. . Tak dapat lagilah nak merasa semua ni . . Tak pe lah, apa2 pun, sejuta terima kasih ke atas insan bernama teman kerana dah banyak cipta pengalaman dan bagi pengajaran yang cukup bermakna . Hati ni sebenarnya tak tahu nak rasa macam mana. . Bila dah mula ikut hala tuju masing2, ingat selalu daku dalam doamu ya. InsyaAllah, kalu umur panjang, masih sihat tubuh badan dan masih waras akal fikiran, takda aral kita jumpa lagi ya. Bi iznillah =)