Bismillah . .
Salam Syawal 1434H. .
Mohon
keampunan dan sejuta kemaafan andai ada hati yang pernah terguris dek kerana terbisa
mulutnya, tersalah pendengarannya, tersilap mata melihatnya dan tersalah sangka
dimana-mana. Diri ini sememangnya masih lagi mencari redha dan barakah-Nya,
tegur andai ada yang tak kena, bagitahu andai ada tersilap dimana-mana dan
tersalah kata-kata. .
Bila roh dan jasad berada di kampung halaman, terasa
kemeriahan Eidulfitrinya, dan bila bermulanya semula kehidupan sebagai seorang
pelajar dan perantau, teringat kembali kemeriahan dalam nak menyambut bulan Ramadhan. indahnya kenangan tu, tapi sayang, sem ni semester yang terakhir. . Tak dapat lagilah nak merasa semua ni . . Tak pe lah, apa2 pun, sejuta terima kasih ke atas insan bernama teman kerana dah banyak cipta pengalaman dan bagi pengajaran yang cukup bermakna . Hati ni
sebenarnya tak tahu nak rasa macam mana. . Bila dah mula ikut hala tuju masing2, ingat selalu daku dalam doamu ya. InsyaAllah, kalu umur panjang, masih sihat tubuh badan dan masih waras akal fikiran, takda aral kita jumpa lagi ya. Bi iznillah =)
No comments:
Post a Comment