Quotes :

Monday, October 28, 2013

. . segan ana dengan enta . .



Ya akhi, tunduknya pandanganku ini bukan sebab ana sombong untuk menegurmu / memandangmu, tapi ana takut pandangku ini akan membuatkan ana terjatuh cinta dengan enta kerana rupa parasmu, dan bukan kerana agama yang ada padamu.. Ana sebenarnya segan dengan enta.. ana tak tahu kenapa.. minta maaf ya akhi.  (n_n’) 


Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Tuesday, October 15, 2013

.. Cinta Manusia ..


.. dan sedang asyik leka dengan permainan dunia,
        pernah tak kita sedar yang akhirat pun penting sama?
Kita selalu sibuk mencari cinta manusia,
        tapi pernah tak kita ada usaha nak mengejar cinta Allah?
Bagaimana kalau Allah tak redha dengan pencarianmu selama ini?
.. dan saat itu pasti baru kamu rasa
        bahawa pencarian kamu selama ini ternyata sia-sia..
dan tanpa memperoleh cinta dari-Nya,
        kamu akan tahu bahawa,
perkara inilah yang paling kamu takuti sebenarnya..
kerana sekali  Dia berpaling muka darimu,
        kamu mungkin tidak akan selamat,
                baik  didunia mahupun di akhirat… 

Na'uzubillah . . 





Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

Tuesday, October 8, 2013

Pengembaraanku..


Pengembaraanku bermula pada tahun 2011,
        Dan sepanjang perjalanan hidupku disini,
                Iaitu di ‘Perlis Darul Sunnah’,
Bagiku,
        perjalananku ini bukanlah suatu perjalanan yang sia2. .
Alhamdulillah setakat ini,
Sambil ana belajar ilmu duniawi,
        Ana dapat juga mendalami  ilmu ukhrawi.
Jadilah walaupun sedikit . .
Pengembaraan ana disini
        banyak beri ana pengajaran dan pengalaman.
Banyak kenangan pahit, tapi lagi banyak ana dapat kenangan manis..
Ana gembira dengan suasana di sini..
Ana jumpa ketenangan bila melihat ciptaan-Nya,
         ana rasa nikmat kegembiraan setiap kali ana bersama dengan sahabat2,
        ana seronok didampingi dan mendampingi mereka yang suka mendekatkan diri dengan Allah..
        tak tahu ana nak kata apa lagi dah..
dan pengembaraanku ini insyaAllah akan berakhir pada tahun 2013.
Mohon do’akan ana agar terus diberi kekuatan
        untuk  mencari redha-Nya,
        dan memperoleh keberkatan hidup daripada-Nya
                sepanjang ana mengembara di muka bumi ini . .