Quotes :

Saturday, May 2, 2015

Makbulkan do'a ini..

02052015 | D'Malaqa Hotel |
Assalamu'alaikum.. Yang sudi menjengah ruangan blog ini, terima kasih ya. Moga Allah sentiasa permudahkan urusan kita semua untuk harini dan yang mendatang. Mohon yang sedang membaca ini juga sudi mendo'akan diri yang hina lagi fakir ini untuk menempuh hari2 yang mendatang.. Siapa tahu ada di antara kalian yang sudi mendo'akan diri ini dimakbulkan.

Cebisan 'instinct' diri ini cuba untuk mengentalkan hati supaya tak selalu berfikiran negatif tiap kali dilanda dugaan mahupun dilimpahi nikmat. Semua orang tahu kan yang setiap yang korang lalui tu, Allah bukan buat saja2. Allah uji tanda Allah sayang dekat kita. Allah uji kita dengan nikmat/musibah sebab Allah tak nak kita lupa dekat Dia. Kalau setiap benda yang kita buat tu kita buat kerana Allah, kau akan rasa kehadiran Allah dekat situ. Kau akan rasa Dia datang untuk membantumu menyelesaikan segala kekusutan yang kau hadapi. Dengan syarat, janganlah selalu mengeluh dan berfikiran negatif atas setiap yang berlaku.

"Ya Allah, jika sekiranya pada hari itu hati ini tiba-tiba timbul rasa nak marahkan seseorang/sesuatu, jika diri ini selalu rasa nak mengeluh dengan setiap dugaan yang dihadapi, jika sekiranya diri ini dihadirkan rasa sifat mazmumah, mohon gerakkan hati ini untuk terus bersabar dan banyakkan bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Sedekahlah. Kelak kau akan rasa sedikit demi sedikit Allah hilangkan perasaan yang xsepatutnya itu. Kau akan rasa reda, lega dan senang.

Ingat, Hati yang kena mainkan peranan betul2. Do'akan sye kuat untuk hadapi semua ini ya. Moga do'anya berbalik kepada yang sudi mendo'akan.. Assalamu'alaikum :)
Click "Older Posts" to see many more interesting posts . . maybe . .

No comments:

Post a Comment